Kerjaya antarabangsa Sandro Tonali

Bersama pasukan bawah-19 Itali, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah 2018 dengan melangkah ke perlawanan akhir kejohanan sebelum tewas 4-3 kepada Portugal selepas masa tambahan.

Pada November 2018, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior buat kali pertama oleh pengurus Roberto Mancini.[7]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 21 Mac 2019 dalam perlawanan persahabatan menentang Asutria yang berkesudahan terikat seri tanpa jaringan di Trieste.[8] Beliau telah mewakili pasukan bawah-21 Itali ke Kejohanan Eropah 2019.[9]

Selepas mewakili pasukan bawah-21 Itali semasa menentang Ireland pada 10 Oktober 2019, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali sekali lagi pada hari berikutnya untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Greece dan Liechtenstein.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali pada 15 Oktober dengan menjadi pemain gantian semasa menewaskan Liechtenstein 5-0 di Vaduz.[11] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada penampilan berikutnya pada 15 November ketika mengalahkan Bosnia dan Herzegovina 3-0 di gelanggang lawan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Sandro Tonali http://www.soccerway.com/players/sandro-tonali/495... http://www.bsnews.it/2018/11/09/nazionale-calcio-m... https://www.tsn.ca/juventus-held-to-draw-at-serie-... https://www.calciomercato.com/en/news/juventus-and... https://int.soccerway.com/matches/2017/08/26/italy... https://it.soccerway.com/players/sandro-tonali/495... https://www.thescore.com/ita_fed/news/1863673 https://www.uefa.com/under19/news/newsid=2565932.h... https://www.figc.it/it/nazionali/nazionali-in-cifr... https://www.figc.it/it/nazionali/news/nazionale-u2...